Kota Kinabalu: Charlayne Chong meneruskan prestasi cemerlangnya apabila menjuarai Kejohanan Golf Terbuka Wanita UUM (Universiti Utara Malaysia) yang berlangsung di Kelab Golf Sultan Sallehuddin, Kedah pada 30 Ogos lalu.
Pemain dari Sabah itu muncul juara dengan catatan 214 pukulan keseluruhan untuk tiga hari (73-68-73) sekali gus membawa pulang wang tunai RM1,500, sebuah beg troli dan sebuah trofi.
Ia merupakan kemenangan meyakinkan apabila pendahulu hari pertama, Nurul Adawiyah Abdul Jali, yang menamatkan saingan di tempat kedua ketinggalan 11 pukulan dengan 225 (71,75,79), manakala tempat ketiga dimenangi Alya Afza Hazari dengan 227 (79,76,72).
Charlayne ketika dihubungi berkata beliau sangat gembira dengan prestasinya sepanjang kejohanan itu.
“Saya benar-benar puas hati dengan cara permainan saya secara keseluruhan dalam kejohanan ini. Catatan pukulan saya menunjukkan saya berjaya mengekalkan konsistensi dan itu memberi peluang yang baik sepanjang kejohanan.
“Pada hari kedua, semuanya berjalan lancar. Saya banyak melakukan fairway, pukulan approach lebih tajam, permainan scrambling berada pada tahap terbaik dan saya juga berjaya melakukan beberapa pukulan birdie.
“Itu memberikan keyakinan besar serta menempatkan saya di kedudukan baik dalam carta kedudukan. Memasuki pusingan akhir, pendekatan saya hanyalah untuk kekal sabar, berpegang pada pelan permainan, dan tidak memaksa diri.
“Cuaca juga lembap, jadi berjalan terasa lebih berat pada hari terakhir tetapi saya kekal tenang dan fokus untuk menamatkan saingan dengan baik, dan saya gembira kerana berjaya melakukannya,” katanya.
Pemain berusia 23 tahun itu sebelum ini menamatkan saingan di tempat ketiga dalam Kejohanan Terbuka Golf Amatur Wanita Kelab Golf Diraja Selangor (RSGC) awal Ogos lalu di belakang wakil Indonesia, Bianca Naomi Laksono dan wakil Filipina, Samantha Dizon.
Beliau juga menjuarai Kejohanan Terbuka Golf Amatur Kelantan edisi ke-48 yang berlangsung pada akhir Julai lepas.