Charles Leclerc Bakal Ganti Lewis Hamilton di Mercedes?

SportsCars
28 Apr 2023 • 2:22 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Pemandu Monegasque telah menafikan laporan tentang cadangan dia akan menggantikan Lewis Hamilton di Mercedes apabila memaklumkan komitmennya kepada Ferrari.

Charles Leclerc bersama pengeluar Itali itu, masih memburu podium pertama musim 2023 dalam musim kelimanya selepas membuat permulaan yang hambar.

Dalam pada itu, spekulasi berkaitan Leclerc mungkin akan menggantikan posisi Hamilton di Mercedes pada masa hadapan. Tambahan, Lewis Hamilton, pemandu Britain itu merupakan juara dunia ketujuh kali.

Namun, menjelang Grand Prix (GP) Azerbaijan pada hujung minggu ini, Leclerc telah menyangkal laporan itu bahawa di tidak akan beralih buat masa kini dan juga tidak menolak sebarang perpindahan pada masa hadapan.

image is not available

Belum, belum,

Bukan buat masa ini, Buat masa ini, saya fokus sepenuhnya pada projek yang saya jalani hari ini, iaitu bersama Ferrari dan saya percaya sepenuhnya serta yakin untuk masa depan.

Kemudian kita akan lihat tetapi saya tetap yakin sepenuhnya untuk projek dengan Ferrari ini. Saya komited sepenuhnya kepada Ferrari dan saya sayangkan Ferrari.

Adalah menjadi impian saya untuk berada di dalam pasukan ini dan keutamaan utama saya adalah untuk memenangi kejuaraan dunia bersama pasukan ini.

Jadi ia bukan sesuatu (bertukar pasukan) yang bermain dalam fikiran saya.

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved