Charm Raya Touch n Go, beli sambil menderma

Digital
2 Apr 2024 • 1:23 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Minggu lepas, Touch 'n Go lancarkan kad Touch 'n Go Enhanced atau TNG NFC edisi Raya. Ingatkan tiada Charm sempena kedatangan Hari Raya Aidilfitri, rupanya terlambat sikit.

Charm Raya ini tampil dalam bentuk ketupat. Selain fungsi utamanya sebagai TNG NFC, Charm dalam bentuk rantai kunci itu boleh dijadikan sebagai aksesori hiasan tambahan pada beg, dompet, kunci kereta atau apa sahaja barang bagi menambah lebih nilai pemperibadian.

Cara untuk membuat tambah nilai untuk tag Charm ini juga adalah sama seperti kad TNG NFC biasa. Di mana anda harus menambahnya ke dalam aplikasi TNG eWallet. Selepas itu, ia boleh ditambah nilai menggunakan baki eWallet dengan menyentuh di ruang NFC pada telefon.

image is not available

Bagi setiap pembelian Charm edisi Hari Raya menerusi Shopee, RM2 akan disalurkan kepada golongan yang memerlukan. Sama seperti setiap pembelian kad TNG NFC edisi Hari Raya, yang akan mendermakan RM1 kepada Hunger Hurts Malaysia (HHM).

Pembelian secara atas talian

image is not available

Charm Ketupat dijual pada harga RM30. Jika anda berminat untuk mendapatkannya, anda boleh membuat pembelian secara atas talian di stor rasmi Touch 'n Go di Shopee.

Kalau anda berminat untuk mendapatkan kad TNG NFC edisi Raya juga, ia dijual pada harga RM25 dan pembelian juga boleh dibuat menerusi stor rasmi Touch 'n Go di Shopee. Siap ada dua pakej bundle yang ditawarkan:

Nak tahu lebih terperinci macam mana Charm Touch n Go berfungsi? Tontonnya dalam video kami di bawah ini. 

Bacaan berkaitan: