ChatGPT 5.5 Dilancarkan – Lebih Pantas Dengan Kemampuan Coding dan Kajian Sains Lebih Baik

TechnologyDigital
24 Apr 2026 • 8:12 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

OpenAI melancarkan ChatGPT 5.5 yang merupakan peningkatan daripada GPT 5.4 sebelum ini. Menurut mereka peningkatan kemampuan diberikan dengan model beroperasi lebih pantas serta lebih cekap menggunakan token. Ia tambah OpenAI lagi ialah model yang paling pintar serta intuitif pernah mereka bangunkan dengan penekanan melakukan kerja sebenar di komputer.

Keupayaan utama GPT 5.5 ialah kecekapan menghasilkan dokumen, kertas kerja, slaid dan melakukan analisa. Sebagai contoh ia mengendalikan proses mencari maklumat, menapis maklumat yang dikumpul, melakukan analisa sebelum akhirnya menghasilkan output menurut prom yang diberikan.

image is not available

Pada waktu yang sama terdapat peningkatan ketara dalam melakukan pemprosesan data saintifik, dan matematik. Ia boleh digunakan sebagai pembantu oleh saintis untuk menganalisa data raya dan pembangunan alt penyelidikan.

Dan memenuhi keperluan pasaran semasa, GPT 5.5 juga menerima peningkatan pada kemampuan coding. Prestasinya terbaik pada Terminal‑Bench 2.0 (82.7%) serta penambahbaikan dalam perancangan, debugging, refactoring, dan kerja kejuruteraan sebenar. Ia mampu memahami struktur sistem, mengesan punca kegagalan, dan mencadangkan pembaikan yang betul.

GPT 5.5 sudah boleh digunakan pelanggan Plus, Pro, Business, Enterprise dalam ChatGPT serta Codex. Bayaran API adalah $5/1M token input dan $30/1M token output untuk GPT‑5.5 dan meningkat ke $30 / 1M input, dan $180/1M output untuk GPT‑5.5 Pro.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved