Infinix GT 50 Pro Dilancarkan Dengan Cip Dimensity 8400 Ultimate Dan Butang Bahu Terbina

TechnologyGaming
24 Apr 2026 • 9:14 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Infinix telah melancarkan model baharu GT 50 Pro sebentar tadi. Ia merupakan sebuah telefon berfokuskan permainan dengan spesifikasi lebih berkuasa berbanding GT 30 Pro.

image is not available

Antara ciri utama yang diketengahkan ialah reka bentuk dan sistem penyejukan baharu di mana peranti ini hadir dengan sistem penyejukan HydroFlow Liquid yang meliputi kawasan seluas 6437mm² untuk pengurusan haba lebih optimum. Selain itu, ia dipadankan dengan cip MediaTek Dimensity 8400 Ultimate bersama memori 12GB LPDDR5X RAM dan storan dalaman 512GB UFS 4.1 ,serta dilengkapi cip rangkaian N1 yang dikatakan mampu meningkatkan prestasi isyarat.

image is not available

Tidak ketinggalan, ia turut dilengkapi butang bahu terbina dengan sehingga 8 titik pemetaan dan 10 tahap sensitiviti tekanan. Butang ini bukan sekadar untuk gaming sahaja, malah boleh digunakan untuk pelbagai kawalan lain, contohnya melancarkan aplikasi atau mengawal zum kamera.

Seterusnya, terdapat juga skrin AMOLED 6.78 inci dengan kadar segar semula 144Hz, kecerahan puncak 4,500 nits serta perlindungan Gorilla Glass 7i. Diikuti pula dengan tetapan kamera utama 50MP dengan OIS, lensa ultralebar 8MP dan kamera swafoto 13MP.

image is not available

Selain itu, ia hadir dengan bateri berkapasiti 6,150mAh bersama sokongan pengecasan pantas berwayar 45W, nirwayar 30W dan pengecasan berbalik 10W, di samping menyokong MagCharge Cooler 2.0 untuk fungsi ByPass Charging. Tidak ketinggalan, peranti ini menjalankan XOS 16 berasaskan Android 16 dengan jaminan sokongan perisian sehingga 5 tahun.

Infinix GT 50 Pro ditawarkan dalam tiga pilihan warna seperti  Black Abyss, Red Blaze dan Silver Glacier dengan harga bermula IDR 6,499,000 (~RM1,497) untuk model 12/256GB. Buat masa ini, masih belum diketahui bila ia akan memasuki pasaran Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved