ChatGPT Dihalang Di Itali Kerana Isu Privasi

TechnologyDigital
3 Apr 2023 • 11:58 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Kecerdasan buatan (AI) ChatGPT telah dihalang daripada diakses pengguna di Itali untuk sementara waktu. Tindakan diambil oleh Itali kerana wujud isu mengenai sekuriti dan privasi pengguna yang belum diterangkan oleh pihak OpenAI pada waktu ini. Antara isu utama ialah sebelum ini ChatGPT meniriskan data mengenai kad kredit pengguna secara tidak sengaja.

image is not available

Pihak berkuasa Itali juga ingin OpenAI menerangkan mengenai penggunaan data pengguna untuk memastikan ia memenuhi RUU GDPR yang digunakan di Kesatuan Eropah. Sekiranya ini dilanggar, OpenAI boleh didenda €20 juta ataupun 4% pendapatan tahunan. Sebelum ini pihak berkuasa Itali juga mengenakan halangan ke atas chatbot Replika kerana turut melibatkan penggunaan data pengguna serta akses kandungan dewasa oleh insan bawah umur.

Kerisauan mengenai penggunaan AI mula menjadi topik perbualan dunia kerana ia telahpun mengancam kerja-kerja yang sebelum ini dilakukan oleh manusia. Sudah wujud saranan supaya usaha melatih AI sedia ada ditangguh selama enam bulan bagi mengkaji risiko penggunaannya ke atas manusia dalam masa terdekat. Di Malaysia juga Kementeruan Pendidikan Tinggi sudah memulakan kajian terhadap penggunaan AI dalam bidang pendidikan.