Pasukan Google Assistant Distruktur Semula Bagi Memberikan Tumpuan Kepada Bard

TechnologyDigital
3 Apr 2023 • 11:04 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Google kini ketinggalan di belakang OpenAI yang kini adalah peneraju dalam bidang kecerdasan buatan (AI). Menerusi ChatGPT dan GPT-4, OpenAI menunjukkan kemampuan AI dalam kegunaan harian. Jawapan Google ialah Bard yang pada waktu ini tidak mempunyai prestasi yang setanding.

image is not available

Menurut Android Authority, pasukan di sebalik pembantu maya Assitant telah distruktur semula oleh Google minggu lalu. Tumpuan kini diberikan sepenuhnya kepada Bard bagi memastikan ia lebih berdaya saing. Naib presiden bahagian kejuruteraan Assistant Jianchang Mao telah meninggalkan syarikat sementara Amar Subramanya yang juga merupakan naib presiden kejuruteraan Assistant kini mengetuai bahagian kejuruteraan Bard.

Tidak diketahui apakah impaknya terhadap Assistant yang semalam ini dilihat sebagai produk dengan AI paling popular di Google. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini Assistant tidak lagi hadir dengan inovasi dengan pelbagai ciri menarik seperti Duplex hanya diberikan kepada pengguna di Amerika Syarikat sahaja walaupun sebelum dijanjikan akan diberikan kepada semua.