ChatGPT Dikemaskini Dengan Model GPT-5.6 Luna Untuk Pengguna Percuma – Kini Boleh Berbual Teks Tanpa Had

TechnologyDigital
7 Aug 2026 • 1:06 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

ChatGPT Dikemaskini Dengan Model GPT-5.6 Luna Untuk Pengguna Percuma – Kini Boleh Berbual Teks Tanpa Had

OpenAI hari ini mengumumkan mereka telah mula mengemaskini penawaran ChatGPT kepada pengguna percuma, yang memberikan akses kepada model terbaru, GPT-5.6 Luna. Pada masa yang sama juga, kini pengguna percuma boleh menikmati akses perbualan berasaskan teks tanpa had.

Namun, sekiranya menyertakan gambar, dokumen atau ciri penaakulan, maka ia dihadkan penggunaannya untuk pengguna percuma.

Image from: ChatGPT Dikemaskini Dengan Model GPT-5.6 Luna Untuk Pengguna Percuma – Kini Boleh Berbual Teks Tanpa Had

Kemaskini ini hadir selari dengan perkongsian OpenAI yang menyatakan ChatGPT kini digunakan lebih 1 bilion pengguna setiap hari – terdiri daripada menggunakannya untuk carian, pertanyaan, merancang sesuatu perkara, meminta nasihat, dan sebagainya. Ia juga kini digunakan secara aktif untuk pengaturcaraan dan tujuan lain bagi pengguna berbayar.

Kemaskini GPT-5.6 dilihat memberikan jawapan yang lebih baik serta mengelak sebarang halusinasi dan maklumat tambahan yang tidak diperlukan. Bagi anda yang menggunakan ChatGPT, boleh menyemak GPT-5.6 ini hari ini melalui web mahupun aplikasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved