OpenAI Mengumumkan Kini Model AI Mereka Digunakan Lebih 1 Bilion Pengguna Aktif

TechnologyDigital
1 Aug 2026 • 7:34 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

OpenAI Mengumumkan Kini Model AI Mereka Digunakan Lebih 1 Bilion Pengguna Aktif

OpenAI, syarikat induk sebalik ChatGPT, hari ini mengumumkan model kecerdasan buatan janaan mereka kini mempunyai lebih 1 bilion pengguna aktif, dan turut digunakan oleh lebih 2 juta perusahaan di seluruh dunia.

Image from: OpenAI Mengumumkan Kini Model AI Mereka Digunakan Lebih 1 Bilion Pengguna Aktif

Ini sekaligus memposisikan OpenAI sebagai penyedia perkhidmatan AI terkemuka dunia. Mengikut data terkini dikongsikan Google, mereka mempunyai sekitar 950 juta pengguna akitf untuk Gemini – pesaing terdekat untuk OpenAI atau ChatGPT.

Model terkini yang ditawarkan oleh OpenAI adalah GPT-5.6  yang hadir dalam tiga variasi, dan yang paling berkuasa dinamakan “Sol”. OpenAI sendiri kebelakangan ini telah lebih menstruktur penawaran mereka dan tidak memfokuskan kepada semua seperti sebelumnya, dan telah menamatkan perkhidmatan penjana video Sora, selain pelayar web Atlas mereka.

Bergerak kehadapan, kini pelbagai penyedia mula bersaing dengan penawaran AI berejen masing-masing, yang membolehkan pengguna mengautomasikan sejumlah tugasan dengan mudah dan pantas.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved