ChatGPT Kini Boleh Diakses Melalui Apple CarPlay

TechnologyCars
3 Apr 2026 • 1:09 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

ChatGPT kini hadir dalam Apple CarPlay dan menjadikan pengalaman mod suara lebih praktikal ketika memandu. Perkara ini diumumkan oleh OpenAI melalui ciapan terkininya pada hari ini.

image is not available

Dengan kemas kini ini, pengguna iPhone yang menggunakan peranti dengan iOS 26.4 ke atas boleh mengakses ChatGPT sepenuhnya melalui CarPlay pada kereta yang menyokongnya. Hal ini bermakna pengguna boleh menggunakan ChatGPT secara bebas tangan iaitu hanya dengan suara tanpa perlu menyentuh skrin.

Ciri ini bukan sahaja boleh meningkatkan keselamatan kerana perhatian terus tertumpu pada jalan raya tetapi turut memudahkan untuk mendapatkan maklumat tanpa mengganggu fokus ketika memandu. Sekali lagi perlu diingat bahawa ia hanya boleh digunakan oleh peranti iPhone dengan iOS 26.4 ke atas dan penawaran akan dilakukan secara berperingkat.

— OpenAI (@OpenAI) April 2, 2026
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved