Google Meet Kini Tersedia Melalui Apple CarPlay

TechnologyCars
3 Apr 2026 • 3:15 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google Meet kini hadir dalam Apple CarPlay yang membolehkan pengguna menyertai mesyuarat dengan lebih selamat ketika memandu. Perkara ini diumumkan oleh Google melalui blog rasminya semalam.

image is not available

Dengan kemas kini ini, pengguna boleh mengakses Google Meet terus daripada papan pemuka kereta mereka melalui Apple CarPlay. Cara penggunaannya juga cukup mudah di mana sebaik sahaja iPhone disambungkan ke kenderaan yang menyokong CarPlay, aplikasi ini akan muncul secara automatik pada paparan kereta. Dari situ, pengguna boleh melihat senarai mesyuarat akan datang dan mengambil bahagian dalam panggilan audio sahaja dengan semuanya tidak mengganggu pemanduan.

image is not available

Perlu diingat bahawa apabila pengguna yang menyertai mesyuarat melalui Google Meet dalam CarPlay, kamera akan dimatikan dan paparan video daripada peserta lain tidak akan kelihatan. Pengguna hanya akan mendengar audio serta mempunyai akses input audio melalui mikrofon. Versi Google Meet untuk Android Auto juga dijangka hadir tidak lama lagi.