ChatGPT Kini Boleh Sunting Dan Ubahsuai Imej DALL.E

TechnologyDigital
4 Apr 2024 • 10:48 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dua minggu lepas, Microsoft mula menguji ciri Copilot Designer baharu terus terbina di dalam Microsoft Edge. Ia membenarkan pengguna menyunting imej yang telah dijana dengan lebih mudah. Kini OpenAI pula melakukan perkara sama, di mana pengguna boleh menyunting imej DALL.E terus dari dalam ruang sembang ChatGPT.

Menariknya ciri ini boleh digunakan di web, peranti iOS dan juga Android. Cara menggunakannya juga mudah, pertama masukkan prom untuk ChatGPT menjana imej menggunakan DALL.E. Kemudian pilih satu imej yang telah dijana, tekan ikon berus sedang melukis, tandakan bahagian imej yang ingin disunting atau ubahsuai, masukkan prom baharu dan selesai.

image is not available

Bagaimana untuk mendapatkan akses kepada ciri ini? Buat masa ini ia terhad kepada pelanggan ChatGPT Plus sahaja. Ciri ini pasti akan memudahkan lagi orang ramai untuk menjana imej yang menarik tanpa perlu disunting dalam Photoshop kerana boleh terus sunting dan ubahsuai dalam satu aplikasi yang sama hanya dengan prom ringkas.