Microsoft Akan Buang WordPad Melalui Kemaskini Windows 11 24H2

TechnologyDigital
29 Mar 2024 • 9:34 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Microsoft kini memaklumkan mereka akan membuang perisian terbina WordPad pada semua edisi Windows, melalui kemaskini Windows 11 (24H2) yang akan ditawarkan kelak pada tahun ini. WordPad sebelum ini telah ditawarkan sejak Windows 95, menawarkan kemudahan untuk pengguna membuka dokumen .doc dan .rtf dengan mudah walaupun tiada sebarang perisian dokumen lain terpasang.

image is not available

Dengan pembuangan ini juga, ia akan membuatkan pengguna tiada lagi sebarang perisian terpasang yang hadir terbina untuk mengakses dokumen .RTF pada Windows.

Microsoft meminta pengguna menggunakan Microsoft Word atau Notepad untuk terus mengakses dokumen berbentuk teks selepas pembuangan WordPad ini.