ChatGPT Kini Mempunyai Galeri Untuk Gambar Yang Pernah Dijana

TechnologyDigital
16 Apr 2025 • 9:22 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

ChatGPT kini mempunyai lebih 800 juta pengguna bulanan dan antara sebabnya ialah populariti ciri menjadi gambar seakan studio Ghibli beberapa minggu lalu. Sebagai pengguna ChatGPT, anda pasti pernah mengalami situasi terlupa menyimpan gambar yang dijana dan akibatnya ia hilang selama-lamanya. Tetapi bermula hari ini, OpenAI mengatakan ciri galeri khusus untuk semua gambar yang pernah dijana telah diaktifkan untuk semua pengguna tidak kira sama ada pelanggan Pro, Plus ataupun percuma.

image is not available

Galeri imej boleh diakses menerusi tab Library di sisi kiri aplikasi. Ia turut akan mempamerkan jumlah gambar yang terkandung dalam galeri pengguna. OpenAI mengatakan ciri ini telah diberikan hari ini tetapi kami masih belum mampu melihatnya pada versi web, iOS dan Android. Besar kemungkinan galeri imej diaktifkan secara berperingkat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved