OpenAI Sedang Bangunkan Media Sosial Seumpama X – Fokus Perkongsian Imej Janaan ChatGPT

TechnologyDigital
16 Apr 2025 • 12:18 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

OpenAI kini dilaporkan sedang bangunkan media sosial tersendiri yang beroperasi seumpama media sosial X atau Daun. Melaluinya, ia menyasarkan untuk perkongsian gambar-gambar janaan ChatGPT melaluinya, selain mungkin turut meliputi sokongan yang lain.

Buat masa ini, ia dikatakan masih pada peringkat awal pembangunan. Menurut TheVerge, ia masih tidak diketahui sama ada penawaran ini akan hadir sebagai aplikasi berasingan, atau diintegrasikan terus pada ChatGPT. Langkah ini juga dijangka akan membolehkan OpenAI mempunyai pelbagai data nyata untuk melatih model mereka, salah satu kelebihan yang terdapat pada X hari ini.

Jikalau mengikut konsep perkongsian imej janaan kecerdasan buatan, salah satu platform yang agak berjaya adalah MidJourney, yang memudahkan pengguna melihat gambar janaan yang lain, dan turut menggunakan promp yang digunakan untuknya.

Selain OpenAI, pihak BuzzFeed juga turut menyasarkan untuk memperkenalkan media sosial mereka tersendiri. Disamping itu, Amanz sendiri bereksperimen dengan salah satu penawaran tersendiri dinamakan Daun.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved