ChatGPT Kini Memudahkan Anda Menghasilkan WhatsApp Stickers

TechnologyDigital
25 Aug 2026 • 12:12 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

ChatGPT Kini Memudahkan Anda Menghasilkan WhatsApp Stickers

ChatGPT kini menambah sebuah ciri baharu yang memudahkan orang ramai yang menggunakan perkhidmatan tersebut, untuk memuat-naik sebarang gambar, dan seterusnya koleksi 9 pelekat atau sticker dijana melaluinya. Perkhidmatan ini boleh diakses semua, termasuk pengguna ChatGPT percuma.

Image from: ChatGPT Kini Memudahkan Anda Menghasilkan WhatsApp Stickers
Image from: ChatGPT Kini Memudahkan Anda Menghasilkan WhatsApp Stickers

Untuk mengaksesnya, anda hanya perlu ke ChatGPT, memilih tab Images, dan seterusnya memilih Stickers. Sebuah prom ringkas akan dijana automatik, dan pengguna hanya perlu menambah gambar yang diinginkan sebelum ia dijana menjadi pelekat.

ChatGPT seterusnya akan memberikan imej janaan dalam bentuk PNG, yang anda boleh gunakan terus di WhatsApp sebagai WhatsApp Stickers. Bagi anda yang berminat, boleh mencuba ciri ini hari ini di ChatGPT.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved