SpaceXAI Memperkenalkan Grok Bot – AI Berejen Untuk Melakukan Sejumlah Tugasan Rentas Aplikasi

TechnologyDigital
12 Aug 2026 • 11:29 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

SpaceXAI, syarikat milik Elon Musk kini telah memperkenalkan penawaran baharu dinamakan Grok Bot. Melaluinya, ia menyediakan penawaran AI berejen yang boleh melakukan sejumlah tugasan rentas aplikasi.

Image from: SpaceXAI Memperkenalkan Grok Bot – AI Berejen Untuk Melakukan Sejumlah Tugasan Rentas Aplikasi

Penawaran ini memperluaskan lagi perkhidmatan Grok sedia ada. Sebelum ini Grok hanya sekadar untuk bertanyakan informasi dan menjana kandungan, dan dengan adanya Grok Bot ini, ia memperluaskan lagi penggunaan Grok dalam melakukan tugasan.

Hal ini juga selari dengan perlumbaan pelbagai syarikat AI untuk menawarkan AI berejen masing-masing, sekaligus memastikan pengguna kekal aktif menggunakan perkhidmatan mereka untuk jangka masa panjang.

Ia dikatakan pasukan SpaceXAI telah mula menggunakan Grok Bot dalam pasukan pemasaran, kejuruteraan, jualan, kewangan dan lain-lain.

Buat masa ini, Grok Bot ditawarkan kepada pelanggan berbayar, iaitu pelanggan pelan Grok Cursor Ultra, SuperGrok Heavy dan Cursor Premium Teams sahaja. Grok Bot disediakan untuk pengguna desktop macOS dan Windows, selain melalui aplikasi iOS.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved