ChatGPT Perkenal Ciri Penjanaan Imej Yang Dikemaskini Untuk Pengguna Versi Percuma

TechnologyDigital
1 Apr 2025 • 5:18 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

ChatGPT pada minggu lepas telah memperkenalkan sokongan penjanaan imej terbina yang dikemaskini, menawarkan sejumlah sokongan baharu – termasuk penjanaan imej tanpa kesilapan pada teks, pemahaman konteks lebih baik, dan pada masa yang sama boleh mengubah gambar menjadi bentuk ilustrasi yang diperlukan.

Ketika pengenalan, ia hanya terhad kepada pelanggan berbayar ChatGPT, dan salah satu bentuk penjanaan yang meningkat popular secara tiba-tiba adalah mengubah gambar sedia ada kepada bentuk ilustrasi mengikut gaya Studio Ghibli.

image is not available

Selepas terhad kepada pengguna berbayar sebelum ini, kini sokongan penjanaan versi baharu berkenaan turut telah diperkenalkan kepada pengguna versi percuma. Namun, ia tidak diketahui apakah had yang dikenakan.

Ketika pengumuman sebelum ini, pihak OpenAI menyatakan pengguna versi percuma akan dihadkan kepada tiga janaan imej setiap hari. Namun, daripada percubaan kami, selepas sekali janaan sahaja, ChatGPT memaparkan mesej untuk mencuba lagi sekali selepas sejam.

Bagi anda yang menggunakan ChatGPT, boleh mencuba ciri baharu ini, dan menggunakannya dalam bantuan tugasan kreatif anda.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved