ChatGPT Work Kini Boleh Mempelajari Gaya Penulisan Anda Melalui Mesej Dan Emel Di GMail, Google Drive Dan Slack

TechnologyDigital
8 Sep 2026 • 9:08 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

ChatGPT Work Kini Boleh Mempelajari Gaya Penulisan Anda Melalui Mesej Dan Emel Di GMail, Google Drive Dan Slack

ChatGPT kini memperkenalkan kemaskini kecil pada ChatGPT Work, membolehkan ia mempelajari gaya penulisan seseorang dengan mudah, termasuk ayat yang anda gemar gunakan, serta gaya-gaya tertentu pada penulisan anda.

Image from: ChatGPT Work Kini Boleh Mempelajari Gaya Penulisan Anda Melalui Mesej Dan Emel Di GMail, Google Drive Dan Slack

Untuk tujuan ini, pengguna boleh menghubungkan sejumlah perkhidmatan yang mempunyai kandungan bertulis anda, termasuk GMail, Google Drive, Slack, dan juga SharePoint. Dengan langkah ini, ChatGPT Work akan mempelajari gaya penulisan anda daripada pelbagai emel yang dihantar, mesej-mesej dihantar, dan juga fail yang dibangunkan anda.

Dengan langkah ini, ia akan mempelajari gaya penulisan anda, dan sejumlah perkara yang mungkin spesifik kepada anda, seterusnya menggunakan ia dalam penulisan akan datang menggunakan ChatGPT Work. Untuk mula menggunakannya, anda hanya perlu ke ChatGPT, dan seterusnya Settings → Personalization → Writing style.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved