Chazynash akui sudah bercerai, kesal difitnah ada kena mengena kes CEO Batu

LocalFamily & Parenting
25 May 2025 • 2:11 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Chazynash akui sudah bercerai

Selepas pelbagai spekulasi bertebaran di media sosial, pempengaruh Chazynash akui sudah bercerai apabila tampil memberi penjelasan mengenai status rumah tangganya bersama Fatin Morat.

Chazynash akui sudah bercerai Januari lalu

Dalam satu kenyataan rasmi di media sosial, Chazynash atau nama sebenarnya, YM Syed Fernarsh Ibni Dato’ Seri Syed Badlishah Jamalullail mengesahkan bahawa mereka telah bercerai secara baik pada 23 Januari 2025.

image is not available

Chazynash akui sudah bercerai, minta henti fitnah liar

Menurut Chazynash, dia dan Fatin sebenarnya tidak berniat untuk menghebahkan perkara tersebut, namun terpaksa bersuara selepas cerita mula jadi bahan spekulasi liar.

“Sebenarnya, kami berniat untuk mendiamkan perkara ini tanpa sebarang hebahan. Biar hanya yang tahu, tahu,” katanya.

image is not available

Hubungan dengan bekas isteri baik demi anak2

Malah, dia turut mengambil tanggungjawab dengan mengakui kesilapan berpunca daripada dirinya, namun menegaskan bahawa hubungan mereka masih baik demi anak-anak. Mereka masih berhubung jika perlu, malah tiada isu perebutan hak jagaan.

Apa yang lebih mengejutkan, Chazynash kesal apabila dirinya dihubungkaitkan dengan isu panas kes CEO Batu, walaupun tiada sebarang kaitan langsung.

“Ada yang sampai cakap saya ni ada kena mengena dengan kes CEO Batu. Cukuplah, hormatilah privasi kami,” tegasnya.

image is not available

Artikel lain: “Niat aku talak dua..”- Aiman akui jahil agama, kesal lafaz cerai berkali-kali kepada Siti Jamumall

Terdahulu, netizen mula berteka-teki apabila pasangan itu dilihat tidak lagi berkongsi gambar bersama di media sosial. Kini, dengan penjelasan terbuka ini, Chazynash berharap semua pihak dapat menghentikan penyebaran cerita tidak benar yang boleh mengeruhkan keadaan.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang pernah menyokong mereka selama ini dan memohon maaf atas berita yang kurang menyenangkan itu.

Sumber: Instagram Chazynash