“Hormati Privasi Kami, Berhenti Buat Spekulasi Entah Apa-Apa” – Chazy Nash Maklum Sudah Bercerai Dengan Isteri

LocalFamily & Parenting
25 May 2025 • 2:39 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pempengaruh terkenal, Chazy Nash akhirnya tampil memberikan penjelasan mengenai status rumah tangganya bersama isteri, Fatin Morat, susulan pelbagai spekulasi dan salah faham yang mula tersebar di media sosial.

Menerusi satu kenyataan rasmi yang dimuat naik di Instagram, Chazy memaklumkan bahawa mereka telah sah bercerai pada 23 Januari 2025 secara baik dan beradab.

Kami telah berpisah secara baik (divorced) pada 23 Januari 2025. Jodoh kami tidak panjang dan kami sepakat untuk membawa haluan masing-masing. Tapi apa-apa pun, dalam hal ini, saya yang bersalah.

Menurut Chazy, mereka sebenarnya berhasrat untuk tidak menghebahkan perkara ini kepada umum.

Namun, disebabkan isu tersebut semakin menjadi-jadi dan turut dikaitkan dengan pelbagai perkara lain, mereka akhirnya memilih untuk bersuara bagi menjernihkan keadaan.

Kami masih berhubung dan berjumpa jika perlu. Tiada sebarang persengketaan berkait hal jagaan. Kami urus semuanya dengan baik.

Walaupun telah berpisah, Chazy menjelaskan bahawa hubungan mereka tetap terjalin dengan baik demi kepentingan anak-anak.

Dalam pada itu, Chazy turut menafikan segala tohmahan yang mengaitkan dirinya dengan kes CEO Batu, dan meminta orang ramai agar menghormati ruang peribadi mereka serta tidak membuat andaian melulu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 day ago

Netizen Tak Sanggup Baca Pendedahan Guru Berstatus Isteri Orang 'Kantoi' Berzina Dengan Suami Orang