Chazynash Batalkan Tuntutan RM100,000, Mohon Maaf Isu Mutaah – “Saya Terima Teguran Semua”

LocalEntertainment
12 Jan 2026 • 12:36 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Personaliti media sosial dan pelakon Chazynash tampil membuat permohonan maaf secara terbuka susulan kenyataan terdahulunya berhubung isu tuntutan mutaah yang mencetuskan perhatian ramai.

Menerusi hantaran di Threads, Chazynash atau nama penuhnya Syed Fernarsh Syed Badlishah menjelaskan bahawa pemberian mutaah itu sebenarnya dibuat berdasarkan persetujuan bersama antara dirinya dan bekas isteri, Fatin Morat, tanpa melibatkan proses mahkamah.

Advertisement

Menurutnya, keputusan tersebut dibuat dengan niat untuk menyelesaikan perkara secara baik dan mengelakkan urusan berpanjangan di mahkamah, dengan syarat dia terus menunaikan nafkah anak-anak.

image is not available

Namun, Chazynash mengakui kelemahan di pihaknya apabila persetujuan itu tidak berjalan seperti yang diharapkan. Sehubungan itu, dia memohon agar orang ramai tidak lagi mengecam mana-mana pihak dan menyatakan telah menerima segala yang berlaku dengan hati terbuka.

Chazynash turut memaklumkan bahawa wang mutaah tersebut tidak akan dituntut semula, selain mendoakan kesejahteraan bekas isterinya. Katanya, kini dia hanya mahu meneruskan kehidupan dengan tenang bersama isteri dan anak-anak serta mengucapkan terima kasih atas teguran dan nasihat yang diterima.

Sebelum ini, kenyataannya mengenai penarikan mutaah bernilai RM100,000 dan dakwaan terhadap bekas isteri telah mengundang kontroversi.

image is not available2026-01-08 21:40:12

Chazynash Selamat Bernikah, Tamat Zaman Duda Dengan Wanita Pilihan

The post Chazynash Batalkan Tuntutan RM100,000, Mohon Maaf Isu Mutaah – “Saya Terima Teguran Semua” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.