Che Nom Sangkal Dakwaan Konon Youtuber Terima Pendapatan RM360,000 Sebulan

Entertainment
22 Feb 2023 • 12:35 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Ramai yang menyangka kehidupan sebagai seorang Youtuber pastinya mewah kerana pendapatan mereka dikatakan mencecah ratusan ribu ringgit sebulan.

Perkara yang sama juga didedah oleh sebuah portal pekerjaan yang mendakwa dalam sebulan purata gaji seorang Youtuber boleh mencecah RM360,000.

image is not available

“0.01% Youtubers yang boleh dapat macam ni”

Walau bagaimanapun, ‘fakta’ tersebut telah disangkal oleh Youtuber yang terkenal dengan content masakan, Che Nom atau nama sebenarnya, Normah Bakar yang mengatakan hanya 0.01% Youtubers sahaja yang boleh mendapat pendapatan sebanyak itu.

Menerusi perkongsiannya di Facebook, Che Nom menjelaskan bahawa tidak mudah untuk mencapai tahap pendapatan sebegitu kerana mereka sekurang-kurangnya perlu ada tujuh buah video seminggu dan purata views pula sebanyak 300,000 ke atas per video. Phew!

image is not available

“Yang sebenarnya purata income Youtubers di bawah paras kemiskinan, bila ekonomi merosot, syarikat akan kurangkan iklan, RPM jatuh, CPM jatuh, jadi pendapatan Youtubers secara tak langsung akan berkurang, tahun ni semua jatuh mendadak, CEO Youtube, Susan Wojcicki pening kepala kot sampai letak jawatan.

“Nak hasilkan satu video perlukan 3-4 hari, research resepi, masak dan shooting, voice over dan editing, final editing, render & upload, semua ni nak kena hire orang, kalau buat sendiri memang tergolek dog, semua ini kos.

image is not available

“Hidup takda life, Sabtu & Ahad kalau tak kerja video tak siap, bak kata Syahmi Shazli 24 jam memikirkan content, Mr Beast pon tidur kat opis aja,” katanya.

Pendapatan sebagai blogger jatuh mendadak, income cuma RM2,500

Katanya lagi, pendapatan sebagai blogger dan portal juga telah jatuh mendadak pada tahun ini dengan 2.2 juta pageviews bagi portal Resepi Che Nom.

Income cuma dalam RM 2500, nak bayar server dan admin pon tak lepas. Tak pasti macam mana news portal dan blogger lain survive tahun ni, harap-harap ada income lain selain Adsense,” katanya.

0.01% Youtubers yang boleh dapat income macam ni, kalau operate sebagai company, kena ada ada sekurang-kurangnya 7 video…

Posted by Che Nom on Sunday, February 19, 2023

Nasihatnya lagi, jika ada yang bercita-cita ingin menjadi Youtubers, fikirlah baik-baik kerana ramai juga yang tidak berjaya dan telah menghilangkan diri kerana peluang untuk berjaya itu agak rendah.

“Kalau tak ada kesunggunan dan minat yang sangat mendalam up to level obsession, cari la kerjaya lain yang lebih menjamin masa depan, ada medical, KWSP dan kemudahan lain seperti cuti tahunan dan cuti sakit,” katanya lagi.

Dengarlah nasihat dari mereka yang berpengalaman dalam bidang ni kan… Kalau nak berjaya kenalah usaha sungguh-sungguh.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.