Che Ta akui sudah bayar hutang Mara, anak gadis sedih orang mengata tentang ibu

LocalEntertainment
29 Dec 2024 • 12:34 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Usahawan selebriti, Che Ta akui sudah bayar hutang Mara apabila membalas mesej yang dikirim anak gadisnya, Aaisyah Dhia Rana menerusi platfrom WhatsApp.

Dalam perkongsian tangkapan layar perbualan Che Ta atau nama sebenarnya, Rozita Che Wan dengan Aaisyah di Insta Story, dia menyatakan bahawa hutang tersebut sudah dilunaskan selepas ditanya oleh anak ketiganya itu.

Anak tanya tentang hutang Mara

Dapat dilihat yang Aaisyah juga turut bertanyakan sama ada ibunya sudah tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pihak tersebut ataupun tidak bagi mendapatkan kepastian.

image is not available

Che Ta akui sudah bayar hutang Mara, anak sedih ibu dikata orang

Selepas berpuas hati dengan jawapan daripada Che Ta, anak gadisnnya yang sudah menjangkau usia 10 tahun itu memberitahu yang dirinya sedih apabila mendapat tahu pelakon tersebut menjadi bahan bualan orang ramai.

“Tak, Aaaisyah sedih tengok ramai orang mengata mummy. I love you mummy,” tulisnya ringkas.

image is not available

Che Ta akui sudah bayar hutang Mara, terharu anak risaukan dirinya

Che Ta yang berkongsi perbualan tersebut di media sosial menyedari bahawa anaknya kian meningkat dewasa apabila mulai risau dengan keadaan ibunya.

“Kerisauan seorang anak.

“Besar dah Aaisyah, pandai dah risau pasal mak dia,” tulis Che Ta.

image is not available

Terdahulu, kediaman pelakon tersebut telah diserbu oleh pegawai Mara, peguam dan pihak mahkamah susulan dakwaan gagal melunaskan pinjaman bernilai hampir RM1 juta.

Che Ta dipercayai telah membuat pinjaman Mara pada tahun 2017 dan sejak dari itu tidak pernah membayar pinjaman tersebut.

Pinjaman Mara berjumlah RM960,000 dibuat syarikat milik pelakon itu, RCW Worldwide Sdn Bhd dengan Rozita dan anak lelakinya,Ammar Effendy, 28 sebagai penjamin.

Barangan milik selebriti tersebut juga bakal dilelong dalam satu tarikh yang akan dimaklumkan termasuklah sebuah kenderaan jenis utiliti sukan (SUV), barangan elektronik dan juga perabot bernilai hampir RM1 juta.

Sumber: Instagram rozitachewan