Che Ta bayar hutang Mara RM550,000, akan langsaikan baki sebelum hujung Mac

LocalEntertainment
29 Dec 2024 • 6:34 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Usahawan selebriti, Che Ta bayar hutang Mara RM550, 000 pada Jumaat lalu dan akan menyelesaikan bakinya sebelum penghujung Mac tahun hadapan.

Perkara tersebut dinyatakan sendiri pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi laporan dari Harian Metro.

image is not available

Che Ta bayar hutang Mara, tindakan pelaksanaan mahkamah ditangguh

Susulan itu, tindakan pelaksanaan penghakiman terhadap pelakon tersebut ditangguhkan memandangkan dia sudah melunaskan sebahagian daripada pinjaman tersebut.

“Sudah saya tegaskan bahawa Mara tidak akan berkompromi dengan segala tindakan untuk mendapatkan balik setiap sen wang rakyat yang diamanahkan.

“Ini akan membolehkan wang ini dimanfaatkan pula kepada orang lain yang amat memerlukan,” katanya.

image is not available

Che Ta bayar hutang Mara, anak risaukan keadaannya

Hal ini sekali gus menjawab kenyataan dari pemilik nama sebenar, Rozita Che Wan yang mengatakan sudahpun membayar pinjaman Mara tersebut selepas ditanya anaknya, Aaisyah Dhia Rana menerusi perbualan di WhatsApp.

image is not available

Sebelum ini, kediaman Che Ta telah diserbu oleh pihak Mara bersama peguam dan wakil mahkamah susulan didakwa gagal membayar pinjaman sebanyak hampir RM1 juta yang dibuat pada tahun 2017.

Walau bagaimanapun, isteri kepada pelakon Zain Saidin ini dipercayai pernah membayar sebanyak RM50,000 dan baru-baru ini juga dikatakan telah ke pejabat Mara bagi melunaskan hutang terbabit, namun tidak dapat dipastikan jumlahnya.

Sumber: Harian Metro (Muhaamad Hafis Nawawi)