Che Ta Bersuara Isu Curang, Nasihat Jangan Terus Hukum ‘Penyondol’ – “Lelaki Pun Cari Pasal Sebenarnya..”

LocalEntertainment
18 Jun 2025 • 3:23 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon jelita, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta memberi nasihat kepada golongan wanita agar tidak meletakkan 100 peratus kesalahan terhadap orang ketiga sekiranya suami mereka berlaku curang.

Menerusi satu video yang dimuat naik di TikTok, Che Ta berkata dalam situasi sebegitu, golongan lelaki yang seharusnya dipersalahkan dan bukanlah kaum wanita.

image is not available

Ini pendapat saya, bila lelaki curang orang perempuan suka salahkan jantina sendiri. Jangan.

 

Orang lelaki pun cari pasal sebenarnya sebab perangai teruk tapi perempuan pula jadi mangsa.

Kata Che Ta, kaum hawa perlu mempunyai limitasi sekiranya ingin melempiaskan kemarahannya seperti menyebarkan hal yang tidak sepatutnya.

image is not available

Selalunya kita memang akan salahkan orang perempuan juga sedangkan yang paling bersalah nombor satu ialah lelaki.

 

Jadi, orang perempuan jangan terus salahkan dan buka aib perempuan lain.

 

Sesetengah orang suka, suami dia biasa sahaja tapi salahkan perempuan lain padahal suami sendiri buaya lapar. Kalau saya, memang akan salahkan lelaki itu.

@rozitachewan1 Byk sgt drama2 jantan curang lately ni , terpanggil plk kita nk bg komen .. padahal laki dia yg mcm jemuan , dia nk masih lg nk simpan , tp pompuan yg laki dia dok gila yg dia nk p serbu dlm kes ni laki kau yg patutnya kena benam . #setcekangjelita #serumjeragat #cheta #rcw #rozitachewan ♬ original sound – ROZITA CHE WAN

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat yang diberikan oleh pelakon itu dengan mengatakan rumah tangga seseorang itu tidak akan diganggu sekiranya suami mereka tidak melayan wanita lain.

image is not available image is not available

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

image is not available 6 days ago

Netizen Persoal Jarang Kongsi Foto Mesra Dengan Zain Saidin, Che Ta Tampil Bersuara - "Gambar Laki Jangan Tayang Sangat, Nanti Ada Yang.."