Netizen Persoal Jarang Kongsi Foto Mesra Dengan Zain Saidin, Che Ta Tampil Bersuara – “Gambar Laki Jangan Tayang Sangat, Nanti Ada Yang..”

EntertainmentLifestyle
12 Jun 2025 • 3:26 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon dan usahawan terkenal, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta tampil bersuara selepas ada pihak yang mengatakan dia sudah jarang berkongsi foto bersama suaminya, Zain Saidin.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Che Ta mendedahkan ada netizen yang meninggalkan komen berharap agar mereka tidak bercerai, gara-gara kurangnya gambar mesra bersama suami.

image is not available

Enggan mendiamkan diri, Che Ta tampil menjelaskan alasan sebenar di sebalik tindakannya.

Menurutnya, dia kini lebih berhati-hati untuk berkongsi foto suami kerana bimbang akan ada yang cuba jadi ‘pengganggu’ rumah tangga mereka.

Belanja gambar dengan encik suami. Ada yang mulut hebeaq (celupar) sibuk komen lama tak nampak Che Ta mesra-mesra dengan Zain. Harap-harap tak bercerai lah.

 

Gambar laki jangan tayang sangat, takut nanti ada yang geram.

Dalam pada itu, pelakon itu sempat menitipkan pesanan buat para wanita di luar sana untuk tidak sesekali berani untuk menggangu rumah tangganya.

image is not available

Tapi perempuan-perempuan kat luar sana jangan sibuk cari pasal dengan Che Ta.

 

Kalau korang taknak belemoih, jangan. Korang belum tengok lagi Che Ta naik gila macam mana.

image is not available

image is not available

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar hubungan Che Ta dan Zain kekal bahagia dan ada juga yang meminta agar pelakon itu mengabaikan komen-komen negatif yang ditinggalkan oleh orang ramai.

image is not available image is not available

Sekadar info, Rozita Che Wan dan Zain Saidin mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Aaisyah Dhia Rana.

Che Ta turut mempunyai dua cahaya mata lelaki hasil dari perkahwinan terdahulu, iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezzra.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

image is not available 3 months ago

Rozita Che Wan, Ziela Jalil Usik Bella Astillah & Syed Saddiq - “Selamat Pengantin Baru!”