Che Ta minta anak jaga batas, pesan fasa bertunang penuh ujian

EntertainmentFamily & Parenting
27 Oct 2025 • 3:47 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon cantik, Rozita Che Wan menjelaskan sudah reda untuk melepaskan anak sulungnya bagi memikul tanggungjawab baharu untuk bergelar sebagai seorang suami suatu hari nanti.

Memetik laporan Utusan Harian, Rozita Che Wan yang turut dikenali sebagai Che Ta berkata demikian di majlis pertunangan anak sulungnya, Ammar Effendy Azuar Effendy, 29, dengan pilihan hati, Auni Ikhwan, 26.

Minta anak jaga batas

image is not available

“Menjadi anak sulung hingga bergelar abang kepada dua adiknya, Ammar umpama pelindung kepada saya dan keluarga. Kini, tibalah masanya dia membina kehidupan sendiri.

“Insya-Allah, jika tiada aral melintang, mereka akan disatukan pada 26 Jun tahun hadapan,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Che Ta memberitahu dia juga turut sibuk menguruskan majlis pertunangan anaknya itu dari segi pakaian, dulang hantaran, serta pemilihan lokasi.

“Setiap cadangan daripada Ammar dan keluarga sebelah perempuan tetap diambil kira.

“Keluarga pihak perempuan juga meminta agar wajah tunangnya tidak didedahkan terlebih dahulu, dan kami menghormati permintaan itu,” ujarnya.

Ditanya soal kehidupan selepas menikah, Che Ta memilih untuk bersikap terbuka tanpa memaksa Ammar untuk tinggal bersama keluarga.

image is not available

“Saya dan suami tidak kisah jika mereka mahu tinggal bersama selepas berkahwin. Lagipun, rumah kami memang sentiasa meriah dengan keluarga.

“Namun, jika mereka ingin hidup berdikari, saya tetap hormati keputusan itu,” kata Che Ta, baru-baru ini.

Aktres filem 4 madu itu turut meninggalkan pesanan buat Ammar dan Auni untuk saling menjaga diri dan hubungan sepanjang di fasa pertunangan.

“Fasa bertunang ini orang kata ‘darah manis’. Jadi saya harap mereka sama-sama menjaga batas, emosi, dan komunikasi antara dua keluarga.

“Semoga hubungan ini kekal hingga ke jinjang pelamin dan seterusnya beroleh rumah tangga yang sakinah, mawaddah dan rahmah,” tambahnya lagi.

image is not available

Untuk info, Ammar kini bertugas sebagai pegawai di sebuah institusi perbankan manakala Auni pula bekerja dalam bidang pemasaran di sebuah syarikat swasta.

Majlis pertunangan yang berlangsung pada 25 Oktober lalu di Lantera Venue, diadakan secara sederhana dengan tema warna pastel dan dihadiri kira-kira 500 tetamu, termasuk ahli keluarga serta kenalan rapat kedua-dua pihak.

Sumber: Utusan Malaysia (Siti Athirah Dzulkifly)