“Pasaipa Hangpa Tinggal Dia?”- Ibu Reda Pemergian, Terkilan Anak Ditinggalkan Rakan Di Gunung Liang

LocalEnvironment
18 Oct 2025 • 12:23 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Ibu kepada pendaki Allahyarham Mustaqqeem Mansor, Rohani Saad, 64, meluahkan rasa terkilan selepas anak sulungnya meninggal dunia akibat kesejukan melampau sebelum mayatnya ditemui di Gunung Liang, Perak, kelmarin.

Kita bukan pasal anak mati, anak mati kita reda tapi yang kita tak puas hati, pasaipa hangpa tinggal dia,” katanya.

image is not available

image is not available

Ibu Reda Pemergian, Terkilan Tindakan Rakan-Rakan Anak

Rohani berkata, dia kecewa dengan tindakan rakan-rakan yang meninggalkan Mustaqqeem seorang diri ketika mengalami kesakitan pada kaki, sehingga mengakibatkan kematiannya.

“Pelbagai versi diberikan mengenai kehilangan anak saya, dan itu tidak boleh diterima. Pada mulanya mereka kata kaki dia ‘cramp’, tapi takpa dia ada dengan ‘guide’.

image is not available

“Kami tidak tahu apa yang berlaku kerana mereka macam-macam cerita keluar. Ada yang kata enam jam cari tak jumpa, tapi polis dan bomba hanya tiga jam sudah jumpa. Jadi, kenapa kata mereka cari enam jam tak jumpa? Dia cuma ada di puncak, tak pergi mana pun. Lepas tu tak buat laporan polis pula apabila bini dia dapati suaminya tak pulang,” katanya lagi.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Lahar Tabut, Penaga, bersebelahan pusara datuk dan neneknya selepas solat Subuh. Allahyarham bekerja sebagai eksekutif teknologi maklumat dan meninggalkan seorang isteri, Nur Faratin Mohd Othman, 31.

Rohani berkata kali terakhir dia bertemu anaknya sehari sebelum aktiviti pendakian.

“Selepas itu, dalam jam 10 malam dia bagi salam kata ‘qeem nak pi balik ke rumahnya’, lepas tu dia tengok telefon saya. Sebelum dia pergi, saya bagitau telefon rosak dan dia kata nanti balik dia tengok, tapi lain yang berlaku,”ujar beliau.

image is not available

image is not available

image is not available

Adik Allahyarham, Muzammeer, 33, berharap polis menjalankan siasatan terhadap kejadian menimpa abangnya.

“Perkara lanjut mengenai tindakan perundangan, kami sekeluarga akan berbincang terlebih dahulu,” katanya.

image is not available

Allahyarham mula aktif dengan pendakian tahun ini dan merancang mendaki Annapurna Base Camp, Nepal, hujung tahun ini.

Beliau dilaporkan menyertai pendakian bersama 10 rakan dari Bukit Fraser, Pahang, pada 10 Oktober lalu dan dijadual turun di Gunung Liang, Tanjung Mali, Perak, Isnin lalu.

image is not available

Bagaimanapun, Mustaqqeem ditemukan meninggal dunia di puncak gunung jam 3.30 petang kelmarin dengan sedikit kesan pendarahan pada hidung. Bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan hiportermia atau kesejukan melampau.

Sumber: Harian Metro (Nur Izzati Mohamad)