Cheah Liek Hou terima jam tangan mewah dari OMEGA sempena raih emas di Paralimpik

12 Sep 2024 • 1:00 PM MYT
LifestyleAsia MY
LifestyleAsia MY

Your access to the good life in Malaysia

image is not available

Bagi menzahirkan ucapan tahniah kepada Cheah Liek Hou rentetan kejayaannya dalam merangkul pingat emas pertama buat Malaysia di Sukan Paralimpik Paris 2024, Naib Presiden OMEGA Malaysia, Martin Issing, telah menghadiahkan jam tangan eksklusif Paris 2024 kepada atlet tersebut.

Cheah telah meraih kemenangannya dalam acara Badminton SU5 Perseorangan Lelaki, mengalahkan Suryo Nugroho dari Indonesia dalam perlawanan akhir, dengan keputusan 21-13, 21-15, menjadikannya pemenang pingat emas pertama Malaysia di Sukan Paralimpik 2024.

Ekoran kemenangannya itu beliau telah dijemput ke majlis penyampaian hadiah khas di Hokkaido Table yang bertempat di The Exchange TRX. Martin Issing yang merupakan Naib Presiden Omega Malaysia sendiri menganugerahkan seutas jam tangan mewah edisi terhad OMEGA Speedmaster Chronoscope Paris 2024.

Cheah ingin Malaysia bangga

image is not available
Foto: Omega

“Pingat emas ini sememangnya sesuatu yang istimewa buat saya, ia cukup bermakna. Ia mengingatkan saya yang saya tidak pernah putus asa sepanjang karier saya dan semua kerja keras dan sokongan yang tidak berbelah bagi dari rakyat Malaysia. Dan untuk Malaysia, saya harap anda semua berbangga dan harap ia membuktikan kepada semua, anda boleh mencapai kejayaan sekiranya anda berusaha dengan gigih,” kata Cheah.

Ganjaran yang layak diterima

Tetamu jemputan kemudiannya dibawa ke dewan mewah Teater Aurum untuk tayangan “Emas,” sebuah filem yang dikeluarkan baru-baru ini merakamkan perjuangan dan kejayaan Cheah dalam perjalanannya mrangkul pingat emas. Filem ini menghidupkan semangat seorang atlet yang tidak pernah berputus asa pada mimpinya.

Speedmaster Chronoscope edisi Paris 2024 menampilkan dail opalin putih keperakan, yang dipindahkan dengan tiga skala pemasaan kelabu gelap dalam reka bentuk “siput” tahun 1940-an. Ini termasuk skala tachymeter, skala pulsometer dan skala telemeter, membawa pelbagai jenis ukuran ke pergelangan tangan.

Ia mewakili penghormatan yang sempurna dan ketepatan masa yang dibawa oleh OMEGA ke Sukan Olimpik – peranan yang telah dipegangnya sejak 1932. Sebagai Penjaga Masa Rasmi Sukan Olimpik dan Paralimpik, OMEGA telah mengukur setiap
acara di Paris 2024 dan merekodkan impian semua atlet ‘Elite’ yang bertanding. Oleh itu ia adalah satu penghormatan untuk meraikan detik pingat emas Cheah Liek Hou lantas memberi ganjaran kepadanya atas pencapaiannya.

Mengenai Cheah Liek Hou

image is not available
Foto: Omega

Cheah Liek Hou merupakan atlet paralimpik negara dan pemain badminton Malaysia. Beliau merupakan atlet Malaysia pertama yang mendapat pingat dan memenangkan dalam sukan badminton, dan juga juara Paralimpik pertama dalam sukan badminton.

Nama Penuh : Cheah Liek Hou
Tarikh Lahir : 8 March 1988
Umur : 33 Tahun
Tempat Tinggal: Kuala Lumpur
Kategori Atlet: Men’s Singles SU5
Cheah Liek Hou Rank: 1
Fakta Menarik Cheah Liek Hou
Berikut adalah maklumat Liek Hou profile untuk panduan anda.

  • Dilahirkan dengan penyakit Erb’s palsy yang menyebabkan tangan kanan beliau mempunyai kurang kekuatan dan kestabilan.
  • Hobi beliau adalah memancing dan meluangkan masa bersama keluarga.
  • Mendapat pendidikan Business Administration dari Putra Malaysia University, Malaysia.
  • Dilatih dibawah Rashid Sidek dan Nova Armada
  • Beliau bermain di kategori able-bodied badminton sewaktu pada tahap junior national level di Malaysia sebelum bertukar ke team Para.
  • Mula bermain badminton pada umur 9 tahun.
  • Matlamat beliau adalah untuk memenangi pingat emas dalam 2020 Paralympic Games di Tokyo.

Pencapaian

Diiktiraf sebagai Individu paling berpengaruh di Asia.

Pingat

2021

Emas, Spanish Para International Badminton Championship

2021

Emas, Dubai Para-Badminton International Championship

2020

Emas, Brazil Para-Badminton International Championship

2020

Emas, Peru Para-Badminton International Championship 2020

2019

Emas, Japan Para-Badminton International Championship

2019

Emas, Denmark Para-Badminton International Championship

Foto: Omega 

Baca artikel mengenai gaya hidup, tempat makan menarik, fesyen terkini, kecantikan dan kesihatan, serta gosip artis popular di Lifestyle Asia Malaysia

The information in this article is accurate as of the date of publication.