‘Check in seawal 10 pagi’ -MITC Hotel tawar masa penginapan 24 jam

LocalTravel
26 Sep 2024 • 3:28 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah membuat kenyataan mengenai isu tular melibatkan waktu pendaftaran masuk dan keluar industri perhotelan di Malaysia, namun masih ramai yang tidak berpuas hati dengan kenyataan tersebut.

Sebaliknya kata netizen, sepatutnya pihak MOTAC terus membuat tindakan dan keputusan yang boleh memuaskan hati semua pihak.

Namun, disebalik pelbagai spekulasi dan ketidakpuashatian, Melaka International Trade Center (MITC) Hotel, kekal tenang.

Menerusi hantaran video di TikTok, MITC Hotel memaklumkan pihak mereka menyediakan kemudahan daftar masuk dan keluar secara fleksibal, 24 jam.

@mitchotel

Sekarang tengah hangat isu check-in lambat 4pm , check out pula nak cepat2. Pukul 11 dh kena checkout. MITC HOTEL available 24hours stay, flexible check-in, check out lagi guys! #isusemasa #hotelmalaysia #hotelmelaka #flexiblecheckintime #24hoursstaycation

♬ original sound – MITC Hotel – MITC Hotel

“Kita siap ada pakej weekday stay 24 jam. Boleh booking kat website, direct call atau walk in. Terus check in 24 jam.

“Hari ni masuk pukul 2, esok check out pukul 2,” katanya.

Difahamkan juga, waktu pendaftaran masuk ke hotel berkenaan pula seawall jam 10 pagi.

Dalam pada itu, ramai yang memuji inisiatif MITC Hotel dan servis perkhidmatan terbaik yang dibuat oleh pihak pengurusan hotel.