“Kalau Macam Ni Respon, Bubar Saja Kementerian” – Netizen Pertikai Jawapan MOTAC Isu Daftar ‘Check In’ Hotel Jam 4 Petang

LocalPolitics
26 Sep 2024 • 12:30 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) tampil membuat kenyataan balas berhubung isu daftar masuk hotel dan inap desa pada pukul 4 petang seperti yang dibangkitkan netizen sebelum ini.

Dalam kenyataan itu, MOTAC menasihatkan orang ramai untuk sentiasa meneliti terlebih dahulu syarat yang ditetapkan pihak hotel sebelum membuat sebarang tempahan.

Menjengah ke ruangan komen hantaran rasmi MOTAC itu, orang ramai dilihat membanjiri ruangan komen dan meluahkan rasa kesal apabila kementerian seakan-akan tidak mengambil peduli akan luahan pengguna.

Tolonglah bertegas. Jangan melepaskan batuk di tangga. Kalau setakat macam ni jawapannya, bubar sahajalah kementerian. Tiada faedah untuk kemaslahatan rakyat Malaysia.

Nampaknya keluhan pelanggan tidak diendahkan kerajaan.

Terdahulu, syarat sesetengah hotel yang menetapkan waktu daftar masuk pada jam 4 petang dan perlu keluar seawal 11 pagi telah menimbulkan rasa tidak puas hati netizen.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Hotel Baje dan Perniagaan Malaysia, Dr Sri Ganesh menjelaskan bahawa pemilik hotel dan inap desa berhak menetapkan masa daftar masuk dan keluar kerana ia tidka termaktub dalam undang-undang perhotelan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 days ago

Individu Kesal Dengan Isu 'Check-In' Lambat Tapi 'Check-Out' Awal Di Hotel, Minta Menteri Pelancongan Campur Tangan