Chee How wakili masyarakat bukan Islam di DUN Terengganu

LocalPolitics
16 Nov 2026 • 1:05 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Chee How wakili masyarakat bukan Islam di DUN Terengganu

KUALA TERENGGANU – Chan Chee How, 51, hari ini mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lantikan Terengganu bagi mewakili masyarakat bukan Islam di negeri ini.

Ahli Jawatankuasa Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) Terengganu itu mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua DUN Terengganu, Datuk Mohd Nor Hamzah di Wisma Darul Iman di sini.

Lafaz angkat sumpah tersebut berlangsung pada Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat DUN Kelima Belas (Bajet) selepas usul pemilihannya mendapat persetujuan sebulat suara daripada ahli-ahli Dewan.

Usul pemilihan Chee How dikemukakan oleh ADUN Kijal, Datuk Razali Idris sebelum disokong ADUN Buluh Gading, Ridzuan Hashim.

Pelantikan itu dibuat mengikut Fasal XXVII (2), Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu (Bab Yang Pertama) yang membolehkan pemilihan wakil masyarakat bukan Islam sekiranya golongan itu tidak mempunyai wakil yang dipilih dalam DUN.

Sebelum ini, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mengumumkan pelantikan berkenaan ketika berucap sempena kunjungan ke Bilik Gerakan Perikatan Nasional (PN) DUN Ayer Keroh, Melaka minggu lalu. – KOSMO! ONLINE

The post Chee How wakili masyarakat bukan Islam di DUN Terengganu appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved