Chef Jepun Cipta Roti Kerak Putih Untuk Kurangkan Pembaziran Makanan

Entertainment
24 Sep 2022 • 1:11 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Ramai dalam kalangan kita yang bila makan roti atau buat sandwich, akan buang kerak yang berwarna coklat kan. Ada juga yang tak mahu makan kerak roti sebab teksturnya yang lebih liat berbanding permukaan roti yang putih gebu.

Sebuah syarikat di Jepun, Imperial Hotel Co. baru-baru ini telah melancarkan roti kerak putih bagi membendung pembaziran makanan. Roti shokupan dari negara matahari terbit itu telah diberikan wajah baru selepas seorang chef berjaya menghasilkan roti tanpa kerak.

image is not available

Menurut laporan Oddity Central, inovasi dalam dunia makanan itu terhasil selepas Chef Sugimoto mendapati pembaziran makanan berlaku ketika beliau menyediakan sandwich dan terpaksa memotong sebelum membuang bahagian kerak pada setiap kepingan roti yang dihidangkan.

Sugimoto dan pasukannya telah menghabiskan masa selama enam bulan bagi mencipta roti kerak putih ini. Walaupun terdapat individu yang menggunakan kerak roti untuk dijadikan makanan lain, Sugimoto berpendapat adalah lebih baik untuk membuat roti yang tidak perlu dibuang keraknya.

image is not available

Walaupun bagaimanapun, beliau tidak berkongsi resepi dan rahsia disebalik penghasilan roti tanpa kerak. Namun, beliau mengakui roti itu dibakar pada suhu yang lebih rendah dari roti shokupan jenis lain.

Ini menyebabkan kerak dihasilkan adalah berwarna putih dan teksturnya juga lebih lembab.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.