Chef Wan Muncul Dengan Program Baharu Berjudul Resipi Hidup Chef Wan, Bakal Kongsi Kisah Suka Duka Kehidupan

4 Mar 2025 • 8:50 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Cef selebriti terkenal, Datuk Chef Wan kini kembali dengan rancangan memasak terbaharu berjudul Resipi Hidup Chef Wan.


Resipi Hidup Chef Wan

 


Istimewanya lagi, program ini merupakan rancangan TV pertama selepas Chef Wan semakin pulih daripada penyakitnya iaitu kanser limfoma.


 


Menerusi program tersebut, Chef Wan berkongsi resepi hidupnya yang penuh dengan rempah kehidupan.

Setiap episod, Chef Wan akan memasak satu hidangan penting dari hidupnya sambil bercerita dengan tetamu mengenai kisah hidupnya sebagai seorang anak, suami, ayah, datuk.


 


Malah Chef Wan juga turut berkongsi cabaran menjaga ibunya yang sakit dan berlawan dengan kanser.

Saksikan Resipi Hidup Chef Wan, Mulai 4 Mac, setiap Selasa jam 11 malam di Astro Ria (saluran 104).

 


 


 

View Original Article