Chef Zam Dikecam Persoal Pekerja Kalut Nak Balik Awal Di Bulan Ramadan – “Nak Masak Katering Bisnes Ke?”

LocalFood
20 Feb 2026 • 6:59 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Cef selebriti, Zamzani Abdul Wahab atau lebih dikenali sebagai Chef Zam, menerima kecaman hebat daripada warganet susulan kenyataannya mengenai pekerja yang memilih untuk pulang lebih awal sepanjang bulan Ramadan.

Menerusi hantaran di Threads, Chef Zam meluahkan rasa hairan apabila ada segelintir pekerja mahu menamatkan waktu kerja sekitar jam 4.30 petang sedangkan waktu berbuka puasa hampir jam 7.29 malam.

Advertisement

image is not available

“Waktu berbuka 7.29 malam, yang kau menggeletis nak balik tempat kerja 4.30 petang kenapa pula?”

“Nak memasak untuk katering bisnes ke?”

Kenyataan tersebut mencetuskan pelbagai reaksi negatif apabila ramai netizen berpendapat beliau tidak memahami realiti kehidupan pekerja, khususnya mereka yang berdepan kesesakan lalu lintas, komitmen keluarga serta tanggungjawab menyediakan juadah berbuka.

Dalam masa sama, ada juga yang tampil mempertahankan hak pekerja untuk menikmati fleksibiliti waktu pulang yang diberikan majikan sepanjang Ramadan, dengan menyifatkan ia sebagai bentuk toleransi dan keprihatinan terhadap kebajikan pekerja.

Difahamkan, personaliti TV itu juga telah bertindak memadam hantaran berkenaan susulan kecaman hebat yang diterimanya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available2026-02-20 13:08:49

Lelaki Palsukan Kematian Isteri, 'Kantoi' Masih Hidup - "Takkanlah Mayat Main Tiktok Kan?"

The post Chef Zam Dikecam Persoal Pekerja Kalut Nak Balik Awal Di Bulan Ramadan – “Nak Masak Katering Bisnes Ke?” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.