
Kenyataan seorang cef selebriti mengenai waktu pulang kerja sepanjang Ramadan mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen selepas dimuat naik di media sosial baru-baru ini.
Profesor Datuk Zamzani Abdul Wahab atau Chef Zam mempersoalkan tindakan segelintir pekerja yang mahu pulang lebih awal walaupun waktu berbuka hampir jam 7.30 malam. Perkongsian tersebut pantas menarik perhatian dan mencetuskan pelbagai reaksi.
“Nak masak katering ke?”
Menerusi hantaran di Threads, Chef Zam menulis:
“Waktu berbuka 7.29 malam, yang kau menggeletis nak balik tempat kerja 4.30 petang kenapa pula? Nak memasak untuk katering bisnes ke?”

Baca juga:
Ayat ‘menggeletis’ makan tuan, Chef Zam tampil mohon maaf
‘Menggeletis nak balik awal 4.30 PM apsal pulak?’ – Kenyataan cef selebriti dikecam netizen
‘Saya nak clearkan nama saya’ – Mia Sara tampil pertahankan diri
Kenyataan itu dilihat oleh sebahagian pengguna media sosial sebagai mempertikaikan kelonggaran yang diberikan majikan kepada pekerja sepanjang Ramadan.
Walaupun tidak semua organisasi memendekkan waktu kerja, ada majikan yang memberi pelepasan awal sebagai bentuk toleransi terhadap pekerja yang berpuasa.
Netizen bangkit pertahan realiti pekerja
Ruang komen kemudian dipenuhi respons balas daripada netizen yang mempertahankan golongan pekerja. Ada juga yang berkongsi pengalaman perjalanan jauh dari tempat kerja ke rumah yang mengambil masa berjam-jam, menyebabkan mereka hanya sempat tiba tepat waktu berbuka.

Perbincangan tersebut akhirnya berkembang menjadi isu lebih luas tentang empati, pengurusan masa kerja dan kefahaman terhadap cabaran fizikal ketika berpuasa.
Bagaimanapun, tinjauan mendapati hantaran tersebut telah dipadam daripada akaun Threads miliknya selepas menerima kecaman.
Sumber: Threads Chef Zam
The post ‘Menggeletis nak balik awal 4.30 PM apsal pulak?’ – Kenyataan cef selebriti dikecam netizen appeared first on The Reporter.



