Chegubard dakwa ada usaha pihak luar bawa PH sertai kerajaan Negeri Sembilan

LocalPolitics
5 Aug 2026 • 12:32 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Chegubard dakwa ada usaha pihak luar bawa PH sertai kerajaan Negeri Sembilan
Chegubard ditemui pemberita di Kompleks Mahkamah Seremban.

SEREMBAN - [DIKEMAS KINI] Penyelaras Parti Wawasan Negara (Wawasan) Negeri Sembilan, Badrul Hisham Shaharin mendakwa sememangnya terdapat usaha daripada pihak luar untuk membawa Pakatan Harapan (PH) menyertai kerajaan Negeri Sembilan.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Chegubard bagaimanapun berkata, ia tidak melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) yang memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, Sabtu lalu.

"Saya tidak nafikan, berdasarkan maklumat yang ada, memang ada usaha daripada pihak di luar kerajaan untuk membawa PH dalam kerajaan negeri semula.

"Namun saya nak ingatkan jangan terpedaya hanya dengan membaca tajuk berita kerana ada media yang melaporkan kemungkinan pembentukan kerajaan bersama PH sehingga telah menimbulkan kekecohan," katanya ditemui pemberita di Kompleks Mahkamah Seremban di sini pada Rabu.

Tegas beliau, BN dan PN tidak akan mengkhianati mandat dan harapan yang telah diberikan rakyat dalam PRN lalu.

Ujarnya, membina sebuah kerajaan negeri yang kukuh dan stabil menjadi keutamaan gabungan terbabit ketika ini.

"Wawasan Negeri Sembilan sedang mengikuti secara dekat, malah terlibat dalam beberapa peringkat bagi menguruskan pelbagai isu berbangkit khususnya berkenaan dakwaan itu.

"Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi dan pelbagai pihak yang terlibat dalam mencapai keputusan pilihan raya lalu," katanya.

Justeru kata Chegubard, permasalahan dan kekusutan yang berlaku sebelum ini perlu diselesaikan dalam kematangan sekali gus mengelakkan sebarang perpecahan yang berlaku.

Beliau tidak menafikan kemungkinan ada pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan membangkitkan proses pembetukan kerajaan negeri terutama mengenai pelantikan Menteri Besar.

Malah katanya, ia timbul apabila PH tewas teruk dalam pilihan raya ini.

"Isu perpecahan antara parti yang membentuk kerajaan itu langsung tidak wujud. Mungkin ada beberapa pihak yang mempertikaikan atau membangkitkan persoalan proses.

"Siapa Menteri Besar kita tidak pertikaikan, malah menyokong dan mendokong seperti mana perjanjian awal kita untuk membentuk kerajaan," katanya.

Untuk rekod, pada PRN Negeri Sembilan, BN menang di 18 kerusi, PH 11 kerusi, manakala PN di tujuh kerusi

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved