Cheng Hoe miliki peluang terbuka

LocalFootball
7 Oct 2026 • 8:10 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Cheng Hoe miliki peluang terbuka

KEJAYAAN membantu Harimau Malaya menamatkan kemarau 12 tahun tanpa kemenangan ke atas Vietnam di Piala ASEAN FIFA 2026 boleh menjadi ‘talian hayat’ buat Tan Cheng Hoe untuk terus diberi kepercayaan membimbing skuad kebangsaan.

Malah, Harimau Malaya mencatat statistik cukup mengagumkan dengan menjaringkan 10 gol tanpa bolos untuk menamatkan saingan di kedudukan ketiga kejohanan berprestij peringkat Asia Tenggara itu.

Bagaimanapun, Cheng Hoe mengakui segalanya kini terletak di tangan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas diberikan peranan selaku pengendali interim sebelum ini.

Apa sahaja keputusan nanti, bekas pengendali Selangor FC itu percaya ini adalah titik kebangkitan skuad negara untuk Kembali menyerlah di peringkat antarabangsa.

“Perjalanan kita masih jauh dan masih lagi perlu membentuk pasukan yang lebih baik pada masa akan datang.

“Walaupun kita mendapat kejayaan tersebut, untuk melangkah lebih jauh kita perlu bekerja lebih keras bagi memastikan kita berada di landasan terbaik satu hari nanti.

“Mengenai kedudukan, saya serahkan kepada FAM untuk membuat keputusan. Selagi apa yang saya mampu, saya akan curahkan segala penat lelah kepada pasukan kebangsaan ini,” katanya.

Sementara itu, Cheng Hoe memuji peningkatan dari segi mentaliti, disiplin dan kesatuan pasukan selepas mengharungi empat perlawanan kompetitif dalam tempoh dua minggu ini..

“Kami tahu empat perlawanan ini sangat sukar dan mungkin ada sedikit keletihan.

“Tetapi dari segi mental, kekuatan pasukan dan cara mereka bekerja bersama serta berjuang bersama, itu memberikan kami peluang untuk mendapatkan keputusan yang baik.

“Menewaskan Vietnam selepas lebih 10 tahun adalah satu pencapaian yang sangat baik. Ini satu pencapaian hebat untuk pasukan. Kami menjaringkan 10 gol dan tidak bolos satu pun. Itu antara statistik terbaik.

“Bagaimanapun, sebagai jurulatih, kami perlu terus berkembang dan bermain dengan lebih baik dari semasa ke semasa,” katanya.

Tugas skuad Harimau Malaya selepas ini adalah untuk mengharungi aksi persahabatan antarabangsa menentang China di Guangzhou, bulan depan.

The post Cheng Hoe miliki peluang terbuka appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved