Chery Mula Eksport Jaecoo, Jenama Pertama Syarikat China Eksport Kereta Dari M'sia

LocalCars
18 Feb 2025 • 10:45 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Chery Corporate Malaysia Sdn Bhd akan mula mengeksport model Jaecoo ke pasaran Asia Tenggara tahun ini, sekali gus menjadi jenama syarikat China yang pertama mengeksport kereta keluar dari Malaysia.

Untuk fasa pertama, penghantaran eksport model SUV enjin pembakaran dalaman (ICE) dan plug-in hybrid (PHEV) Jaecoo dibuat ke Vietnam.

Difahamkan, lebih banyak model lain akan dieksport ke pasaran-pasaran lain seperti Thailand, Brunei, Filipina dan Singapura.

image is not available

Naib presiden Chery Corporate Malaysia, Leo Chen berkata, Chery sedang berkembang dengan pesat memandangkan Malaysia adalah hab pengeluaran dan penyelidikan serta pembangunan Asia Tenggara.

“Dengan memperluaskan eksport, ia akan memperkukuh lagi kapasiti pengeluaran kami untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat di rantau ini.

image is not available

“Chery juga teruja untuk memainkan peranan dalam merangsang ekonomi Malaysia, membangunkan bakat tempatan dan mengukuhkan rantaian bekalan kami,” katanya.

Pengeluaran untuk pasaran eksport Asia Tenggara dilaksanakan di fasiliti pengeluaran Chery Corporate Malaysia di Shah Alam, Selangor.

Malah, Chery juga menjalinkan kerjasama strategik dengan kilang pemasangan tempatan lain di Malaysia bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran.

image is not available

Setakat tahun lalu, Chery Group mencatat jualan melebihi 2.6 juta kenderaan, meningkat 38.4% berbanding tahun sebelum itu manakala pasaran ksport pula mencecah 1.1 juta unit, naik 21.4% berbanding 2023.