Mazda & Toyota Bergabung Bangunkan RX & Supra?

SportsCars
12 Feb 2025 • 5:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Sudah sekian lama Mazda tidak memperkenalkan kereta sport dua pintu terbaru di pasaran. Namun, laporan terkini dari Jepun mencetuskan spekulasi bahawa jenama dari Hiroshima ini sedang membangunkan pengganti kepada barisan model RX yang ikonik. Dalam masa yang sama, Toyota turut dikatakan sedang menghasilkan generasi baharu bagi jentera sport Supra.

Enjin Baharu, Lebih Berkuasa

Menurut portal BestCarWeb, yang tidak mendedahkan sumbernya, Mazda dikatakan telah meninggalkan teknologi enjin rotary untuk kereta sportnya kali ini. Sebaliknya, jenama itu memilih untuk menggunakan enjin 3.3 liter enam silinder turbo petrol, yang kini digunakan dalam beberapa model SUV terbarunya.

image is not availableimage is not available

Mazda CX-60 yang dipertontonkan di KLIMS 2024

Jika dilihat daripada pemasangan enjin ini pada model CX-60 dan CX-80, enjin ini mampu menghasilkan 280 hp dan 450 Nm, manakala dalam model CX-70 dan CX-90 pula, lebih tinggi iaitu 340 hp dan 500 Nm. Jika dibandingkan dengan RX-8 terakhir yang menggunakan enjin rotary 1.3 liter dengan 228 hp dan 211 Nm, perbezaan prestasi yang ditunjukkan cukup ketara.

image is not availableimage is not available

Model konsep Mazda RX Vision

Selain daripada pilihan enjin, turut dilaporkan bahawa Mazda masih mengekalkan susun atur enjin depan dengan sistem pacuan roda belakang (RWD) untuk model RX kali ini, selari dengan DNA kereta sport sebelumnya.

Toyota Turut Terlibat?

Menariknya, laporan yang sama turut mendakwa bahawa Toyota mungkin turut memainkan peranan dalam pembangunan kereta sport baharu ini. Untuk pengetahuan pembaca, Mazda dan Toyota sebelum ini pernah bekerjasama dalam beberapa projek lain termasuk Mazda 2 versi Eropah yang sebenarnya Toyota Yaris Hybrid yang diberikan penjenamaan semula, selain penggunaan teknologi hibrid Toyota dalam SUV Mazda CX-50 untuk pasaran AS.

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Toyota Supra generasi kelima

Dengan Toyota kini sedang membangunkan model baharu untuk Supra generasi keenam, tidak mustahil sekiranya dua syarikat ini akan turut bekerjasama dalam pembangunan model tersebut untuk penjimatan kos.

image is not availableimage is not available

Sekiranya laporan ini benar, masa depan kereta sport Jepun (JDM) tampak cerah dengan kehadiran dua model yang dinanti-nantikan ramai ini.

View Original Article