Sebagai langkah segera membantu mangsa kebakaran paip gas di Putra Heights, syarikat automotif Chery tampil menyumbang 50 buah kereta untuk kegunaan sementara selama sebulan.
Menurut EXCO Selangor, Ng Sze Han, inisiatif itu bertujuan meringankan beban mangsa yang kehilangan kenderaan dalam kejadian ngeri melibatkan paip gas sepanjang 500 meter yang terbakar, dengan suhu api mencecah sehingga 1,000 darjah Celsius.
“Pagi ini, Chery Malaysia bersetuju untuk membekalkan 50 kereta kepada mangsa yang memerlukan selama sebulan. Ia diberikan atas dasar siapa cepat, dia dapat,” kata Ng yang turut memaklumkan permohonan boleh dibuat melalui pejabat beliau atau pejabat Preakas Sampunathan.
- ‘Tiada kerja pembinaan’ – Kenyataan awal CIDB sebelum ditarik balik
- Tupperware nak buat ‘comeback’ besar-besaran April ini
- Lorong Jalan TAR dipenuhi sampah pagi Raya, netizen persoal sikap peniaga bazar
- Ustazah Asma’ tegur trend joget duit raya, jangan normalisasi benda tak wajar
- RM5,000 tak cukup tampung kerugian, penduduk Putra Heights mohon bantuan tambahan
Menurut laporan Berita Harian, kenderaan tersebut akan disalurkan selepas proses pemilihan, bagi memastikan hanya mereka yang benar-benar terjejas diberikan keutamaan. Nilai keseluruhan sumbangan ini dianggarkan mencecah RM500,000.
Letupan kuat yang berlaku semalam menyebabkan lebih 300 premis terjejas, termasuk 78 buah rumah yang musnah sepenuhnya serta 10 unit rumah kedai yang masih dalam pembinaan.
Dalam kejadian itu juga, sebanyak 148 buah kereta dan 11 motosikal dilaporkan rosak teruk akibat kebakaran yang dipercayai berpunca daripada saluran gas bawah tanah.
The post Chery sedia 50 kereta untuk kegunaan sementara mangsa kebakaran paip gas Putra Heights appeared first on The Reporter.





