CIDB Tarik Balik Kenyataan Media Berhubung Letupan Gas Di Putra Heights

LocalPolitics
3 Apr 2025 • 12:05 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Petronas Putra Heights terbakar

Selepas tularnya tragedi letupan saluran gas di Putra Heights yang menggemparkan seluruh negara, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) tampil menarik semula kenyataan media yang dikeluarkan lebih awal pada hari kejadian.

Bawah ni kenyataan petang tadi dan pihak CIDB tarik semula.

Dalam kenyataan terbarunya, CIDB menjelaskan bahawa tindakan itu diambil bagi menghormati proses siasatan yang masih berjalan dan melibatkan pelbagai pihak berkuasa.

CIDB ingin memohon maaf atas sebarang kekeliruan atau kebimbangan yang tercetus akibat kenyataan tersebut terutamanya kepada penduduk yang terkesan.- Jelas agensi itu.

Menurut CIDB, mereka tidak mahu mendahului hasil siasatan rasmi dan memberi jaminan untuk membantu sepenuhnya pihak berkuasa dalam menyelesaikan kes ini secara telus dan adil.

Agensi itu turut menegaskan bahawa mereka komited terhadap integriti serta tidak akan berkompromi dengan sebarang pelanggaran standard keselamatan dan peraturan industri pembinaan.

Sekiranya terdapat sebarang pelanggaran peraturan atau ketidakpatuhan, tindakan sewajarnya akan diambil tanpa sebarang pengecualia.- Kata mereka lagi.

image is not available

image is not available

Sementara itu, suasana di Putra Heights dilaporkan masih dalam kawalan dengan pihak berkuasa giat menjalankan pemantauan serta membantu mangsa yang terkesan.

Letupan tersebut sebelum ini menyebabkan kebakaran besar hingga memaksa penduduk berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara, malah menarik perhatian Perdana Menteri yang turut turun padang meninjau situasi.

#ApaKataOhmedia

Dalam sebarang insiden yang membabitkan keselamatan awam, adalah penting untuk pihak bertanggungjawab menyalurkan maklumat secara berhati-hati dan tepat.

Kesilapan kecil dalam kenyataan rasmi boleh mencetuskan kebimbangan dan panik yang tidak sepatutnya berlaku. Kita sebagai masyarakat pula perlu menunggu pengesahan rasmi dan tidak menyebarkan maklumat tanpa kepastian.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: CIDB


The post

appeared first on

.