Chery Smart Auto Industrial Park Bakal Jadikan Malaysia Hab Automotif Serantau

LocalBusiness & Finance
23 Feb 2025 • 5:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Malaysia sedang melangkah ke hadapan sebagai hab pembuatan automotif terbesar di Asia Tenggara dengan pembangunan Chery Smart Auto Industrial Park di Beringin High-Tech Auto Valley (Beringin HTA Valley).

Pembangunan berimpak tinggi ini bukan sahaja bakal menjadikan negara sebagai pusat utama pengeluaran kenderaan di rantau ini, malah dijangka meningkatkan kapasiti eksport serta mewujudkan ribuan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi.

Chery Labur RM2.2 Bilion, Fokus Pembuatan dan Teknologi Automotif

image is not available

Projek ini dijayakan melalui perjanjian antara Chery Corporate Malaysia Sdn Bhd (Chery Malaysia) dan Legenda Beringin Holding Sdn Bhd (Legenda Beringin), melibatkan pelaburan sebanyak RM2.2 bilion dalam tempoh lima tahun.

Sebagai sebahagian daripada pelan pembangunan industri automotif Malaysia, Chery Smart Auto Industrial Park akan menjadi tumpuan bagi pembuatan kenderaan berskala besar, pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D), latihan vokasional untuk tenaga kerja mahir serta pembangunan ekosistem rantaian bekalan automotif.

image is not available

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Fasa pertama akan dibangunkan di kawasan berkeluasan 200 ekar, dengan kapasiti pengeluaran awal sebanyak 100,000 unit setahun, yang boleh ditingkatkan sehingga 300,000 unit setahun.

Dengan skala ini, Malaysia bukan sahaja berpotensi menjadi pengeluar kenderaan utama di rantau ASEAN, malah meningkatkan daya saing dalam industri automotif global.

Pecah Tanah Disaksikan Raja Muda Selangor

image is not available

Majlis menandatangani perjanjian serta upacara pecah tanah projek ini telah disaksikan oleh DYTM Tengku Amir Shah, Raja Muda Selangor, bersama wakil Menteri Besar Selangor, EXCO Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti, Ng Sze Han.

image is not availableimage is not available

Menurut Presiden Chery International, Zhang Guibing, pembangunan ini akan membuka antara 1,500 hingga 3,000 peluang pekerjaan, merancakkan pertumbuhan industri serta memperkukuh status Malaysia sebagai destinasi pelaburan utama dalam sektor automotif.

Bakal Hasilkan Pelbagai Model Kenderaan Berteknologi Tinggi

Kilang Chery Smart Auto Industrial Park yang dijangka dapat diselesaikan pada tahun 2026 ini bakal digunakan untuk pengeluaran pelbagai jenis kenderaan Chery, termasuk kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE), kenderaan plug-in hybrid (PHEV), kenderaan elektrik bateri (BEV) dan kenderaan cekap tenaga (EEV).