Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi

LocalCars
7 Oct 2026 • 8:45 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi

image.png

Chery Malaysia rasmi akan melancarkan  Chery Tiggo Cross Sport Edition pagi ini untuk pasaran tempatan. Ia hadir dengan  penampilan lebih agresif berinspirasikan semangat kesukanan, lengkap kit badan aerodinamik dan ditawarkan dalam varian Turbo eksklusif bagi memenuhi permintaan peminat SUV tempatan.

Pengenalan Chery Tiggo Cross Sport Edition

Model ini dibangunkan khusus dengan mengambil inspirasi daripada semangat kesukanan yang menjadi identiti teras jenama tersebut.

Sebelum ini, Chery aktif menyokong pelbagai acara sukan berprestij di peringkat tempatan dan antarabangsa. Ini termasuklah menjadi rakan mobiliti rasmi KL Women Running Festival serta rakan automotif kejohanan e-sukan popular, Mobile Legends: Bang Bang Professional League (MPL) Malaysia Musim 18.

Rekaan Luaran Lebih Berkarakter dan Sporty

Mengangkat tema kesukanan yang sama, Chery Tiggo Cross Sport Edition membawakan penampilan yang jauh lebih dinamik dan berkarakter. Ia diserikan dengan penambahan kit badan sporty yang merangkumi spoiler lip aerodinamik pada bahagian hadapan serta belakang kenderaan.

Sentuhan fizikal ini bukan sahaja menaikkan imej agresif SUV berkenaan, malah memberikan identiti visual yang lebih menonjol berbanding versi standard yang berada di pasaran.

Varian Turbo Eksklusif dan Hadiah Istimewa MLBB

Pada fasa pelancaran awal ini, Chery Tiggo Cross Sport Edition akan ditawarkan secara eksklusif menerusi varian Turbo. Walau bagaimanapun, pihak Chery memaklumkan bahawa spesifikasi penuh dan harga rasmi akan diumumkan sepenuhnya hari ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved