China-AS : China Tegas Akan Pertahankan Kepentingan Jika Sekatan Dikenakan!

WorldPolitics
25 Feb 2026 • 9:25 PM MYT
Intraday
Intraday

Media Pasaran Kewangan No.1 dalam Bahasa Malaysia

image is not available

China menyatakan bahawa ia telah memenuhi kewajipan di bawah perjanjian Seksyen 301 dengan Amerika Syarikat yang dimeterai pada 2020, dalam masa yang sama menolak sebarang dakwaan bahawa ia gagal mematuhi komitmen perdagangan tersebut.

Kenyataan itu dibuat selepas Wakil Perdagangan AS memberi bayangan bahawa siasatan baharu di bawah Seksyen 301 akan diteruskan, yang berpotensi membawa kepada pengenaan tarif tambahan terhadap beberapa negara termasuk negara China.

Beijing menegaskan bahawa perjanjian terdahulu telah dilaksanakan dan berharap Washington tidak “mengalihkan tanggungjawab” atau mencetuskan ketegangan baharu dalam hubungan perdagangan dua hala.

Pada masa yang sama, AS menyatakan bahawa siasatan akan diteruskan jika terdapat bukti amalan perdagangan tidak adil, sekali gus mengekalkan tekanan terhadap rakan dagang utama.

China menyatakan kesediaannya untuk terus bekerjasama melalui mekanisme rundingan ekonomi dan perdagangan antara kedua-dua negara bagi mengelakkan peningkatan konflik.

Walaubagaimanapun Beijing memberi amaran bahawa ia akan mempertahankan hak dan kepentingannya sekiranya AS berkeras meneruskan siasatan dan mengenakan langkah sekatan tambahan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved