Pengeluar Komputer Dijangka Beralih Ke CXMT Untuk Keperluan Memori Produk Pengguna

TechnologyBusiness & Finance
5 Feb 2026 • 3:40 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sebelum ini kami pernah melaporkan tentang perihal sebuah syarikat penghasil memori dari China, ChangXin Memory Technologies (CXMT) yang mana beberapa bekas jurutera Samsung telah didakwa ke mahkamah Korea Selatan kerana menjual rahsia pembuatan memori syarikat tersebut.

Walaupun begitu, ia dilihat bahawa CXMT telah memulakan pengeluaran komponen RAM mereka secara besar-besaran, dan kini menjual penawaran memori mereka ke pasaran tempatan buat masa ini pada harga lebih mampu-milik berbanding pasaran sekarang.

image is not available

Ini nampaknya telah menyebabkan sejumlah syarikat-syarikat pengeluar komputer seperti Acer, Dell, HP dan lain-lain untuk mencari perkhidmatan CXMT untuk membekalkan komponen memori mereka untuk produk-produk pengguna.

Buat masa ini, nampaknya syarikat-syarikat ini mempunyai bekalan memori sedia ada mencukupi sehingga pertengahan tahun ini sebelum mereka akan dipaksa menaikkan harga penawaran mereka secara mendadak.

Dell khususnya dilaporkan sudahpun mula menguji kemampuan memori keluaran CXMT ini sebelum mereka membuat keputusan untuk membeli memori tersebut untuk komputer-komputer mereka. Acer dan ASUS juga sedang memandang ke China untuk melihat sama ada mereka boleh mendapatkan sumber bekalan memori yang tidak dihasilkan oleh syarikat-syarikat seperti Samsung, SK Hynix dan Micron.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved