China benam Harimau Malaya 2-0

FootballSports
14 Nov 2026 • 10:05 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: China benam Harimau Malaya 2-0

PETALING JAYA: Hasrat Harimau Malaya untuk menamatkan badi 46 tahun tanpa kemenangan ke atas China tidak kesampaian apabila tewas 0-2 dalam aksi persahabatan di Stadium Zhaoqing New District Sports Centre, Guangdong, sebentar tadi.

Kekalahan itu menyaksikan skuad negara gagal mencipta kejutan ketika turun dengan barisan yang berbeza susulan ketiadaan beberapa tonggak utama yang sebelum ini beraksi dalam Piala ASEAN FIFA.

Pengendali negara, Tan Cheng Hoe tidak menyenaraikan Bergson Da Silva, Arif Aiman Hanapi, Brad Tapp dan Manuel Hidalgo, manakala Nooa Laine serta Faisal Halim terpaksa diketepikan akibat kecederaan.

Kekurangan pilihan itu menyaksikan Cheng Hoe melakukan perubahan dalam kesebelasan utama dengan mempertaruhkan Fergus Tierney dan Romel Morales sebagai gandingan di bahagian serangan.

Namun, skuad negara berdepan permulaan sukar apabila Wang Yudong meletakkan China di depan pada minit ke-10 sebelum Zhang Yuning menggandakan kelebihan tuan rumah sembilan minit kemudian.

Harimau Malaya cuba merapatkan jurang menerusi beberapa gerakan serangan, termasuk percubaan Morales pada penghujung babak pertama yang tersasar di sebelah kiri pintu gol.

Persembahan lebih baik pada babak kedua menyaksikan Tierney berjaya menemui jaringan pada minit ke-77, namun gol tersebut dibatalkan selepas semakan video bantuan pengadil (VAR) mendapati penyerang itu berada dalam kedudukan ofsaid.

Ketika perlawanan berbaki empat minit, Paulo Josue turut berpeluang merobek gawang China, namun percubaannya di dalam kotak penalti berjaya diselamatkan penjaga gol, Li Hao, sekali gus menyaksikan Harimau Malaya terus gagal menewaskan lawan itu sejak 1980. – UTUSAN

 

The post China benam Harimau Malaya 2-0 appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved