China ‘Claim’ Perairan Sabah Sarawak Dalam Peta Standard China Edisi 2023

29 Aug 2023 • 3:25 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

China tuntut beberapa kawasan di dalam peta tersebut termasuklah perairan Sabah Sarawak

China ‘Claim’ Perairan Sabah Sarawak Dalam Peta Standard China Edisi 2023. Baru-baru ini, Kementerian Sumber Asli China telah melancarkan edisi 2023 dari peta standard negaranya. Pelancaran ini berlaku sempena sambutan Hari Publisiti Ukur dan Pemetaan serta Minggu Publisiti Kesedaran Pemetaan Kebangsaan China.

Peta ini tidak sahaja mencakupi tuntutan China ke atas Arunachal Pradesh, Aksai Chin, dan Taiwan, tetapi juga melibatkan kawasan maritim Malaysia, khususnya Zona Ekonomi Eksklusif (ZEE) berhampiran Sabah dan Sarawak.

image is not available
China ‘Claim’ Perairan Sabah Sarawak Dalam Peta Standard China Edisi 2023

China menandakan dalam peta tersebut bahawa kawasan perairan di Sabah Sarawak adalah milik mereka

Menurut laporan akhbar negara China, Global Times, edisi peta standard China 2023 telah dirasmikan dan ditempatkan di laman web rasmi yang dikendalikan oleh Kementerian Sumber Asli China. Peta ini disusun berdasarkan metodologi penentuan sempadan nasional China dan pelbagai negara lain di dunia.

China menandakan dalam peta tersebut bahawa kawasan perairan di Sabah Sarawak adalah garisan sembilan putus yang menuntut sebahagian besar Laut China Selatan.

image is not available
Beting Patinggi Ali di Perairan Sarawak menjadi rebutan China

Pihak kerajaan Malaysia belum memberikan sebarang kenyataan mengenai peta baru ini

India telah berulang kali menyatakan kepada China bahawa “Arunachal Pradesh adalah, dan akan tetap menjadi sebahagian yang tidak boleh dipisahkan dari India”. Peta ini juga menggabungkan tuntutan China ke atas pulau Taiwan yang terasing dan garisan sembilan putus yang mengklaim sebahagian besar dari Laut China Selatan.

Peta standard China edisi 2023 adalah isu yang cukup kontroversi yang melibatkan tuntutan ke atas pelbagai kawasan termasuk ZEE Malaysia.

image is not available
China ‘Claim’ Perairan Sabah Sarawak Dalam Peta Standard China Edisi 2023

Setakat ini, pihak kerajaan Malaysia belum memberikan sebarang kenyataan mengenai peta baru ini. Selain Malaysia, Brunei, Filipina, Indonesia, dan Vietnam juga mempunyai tuntutan serupa atas kawasan Laut China Selatan.

image is not available
China ‘Claim’ Perairan Sabah Sarawak Dalam Peta Standard China Edisi 2023

Lagi artikel menarik berkaitan info di atas untuk anda baca: