China failkan saman terhadap AS susulan kenaikan tarif ke atas produk mereka

12 Apr 2025 • 9:06 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

BEIJING, 12 APRIL: Kementerian Perdagangan China memaklumkan pada Jumaat negara itu sudah memfailkan saman terhadap Amerika Syarikat (AS) menerusi mekanisme penyelesaian pertikaian Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) susulan langkah terbaharu Washington menaikkan tarif ke atas produk China, lapor Xinhua.

AS pada Khamis mengumumkan kenaikan lanjut apa yang digelar sebagai “tarif timbal balik” ke atas barangan keluaran China.

Menurut jurucakap kementerian itu, langkah tarif AS berkenaan merupakan tindakan buli dan paksaan secara unilateral yang jelas melanggar peraturan WTO selain menjejaskan sistem perdagangan multilateral berasaskan peraturan serta orde ekonomi dan perdagangan antarabangsa.

“China akan terus mempertahankan hak dan kepentingan sahnya serta bertegas mempertahankan sistem perdagangan multilateral dan orde ekonomi dan perdagangan antarabangsa,” katanya.

China turut menggesa AS supaya segera membetulkan tindakannya dan membatalkan semua langkah tarif unilateral yang dikenakan ke atas produk China, menurut jurucakap itu.

– BERNAMA-XINHUA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved